Polis sudah terima 13 laporan kes disuntik vaksin kosong

Polis sudah terima 13 laporan kes disuntik vaksin kosong.Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 13 laporan berhubung pemberian vaksin kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sejak beberapa hari lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, laporan melibatkan tujuh kes di Kuala Lumpur, tiga di Selangor dan masing-masing satu kes di Kedah, Perak dan Melaka.

“Siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah dan kesemua kes masih di peringkat siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KKM sebelum ini menjelaskan, mana-mana individu yang terbukti diberikan suntikan vaksin ‘picagari kosong’ akan menerima suntikan dos baharu.

Polis

Sementara itu, Abd Jalil turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dan cakna dengan inisiatif vaksinasi yang sedang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penipuan berkaitan penjualan vaksin COVID-19.

“Sehingga kini vaksin COVID-19 hanya dibekalkan oleh kerajaan mengikut Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan sebarang penjualan atau pembekalan vaksin melalui medium lain termasuk secara dalam talian adalah tidak dibenarkan,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhati-hati mengeluarkan kenyataan belibatkan isu-isu sensitif seperti pemberian vaksin.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-terima-13-laporan-vaksin-kosong-309900

Jika Terlepas:Terngiang-ngiang ayah minta tolong sebelum maut dalam kebakaran

COMMENTS

Wordpress (0)