Polis saman penunggang basikal

Oleh MHDAILY

Polis saman penunggang basikal. Jabatan Polis Metropolitan Tokyo memperkenalkan hukuman yang lebih tegas bagi empat salah laku penunggang basikal ekoran peningkatan kes kesalahan lalu lintas di bandar ibu kota Jepun itu, lapor akhbar The Maniachi semalam.

Di bawah peraturan yang berkuatkuasa akhir Oktober lalu, penunggang akan dikenakan saman trafik dan bukannya amaran jika didapati mengabaikan lampu isyarat, gagal berhenti seketika di kawasan tertentu, melawan arus atau berbasikal secara laju di kaki lima.

Insiden membabitkan basikal mengakibatkan banyak kemalangan jalan raya di Tokyo sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Data polis menunjukkan ia menyumbang sehingga 46.6 peratus dalam angka kemalangan tahun ini setakat akhir September lalu.

Baca Artikel Penuh