Polis sahkan kes culik usahawan kosmetik libat sindiket dadah

Polis sahkan kes culik usahawan kosmetik libat sindiket dadah

Polis sahkan kes culik usahawan kosmetik libat sindiket dadah. Peniaga kosmetik yang diculik oleh empat lelaki di rumahnya di Kampung Semat Jal, Palekbang, Tumpat pada Selasa dipercayai melibatkan sindiket dadah.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suami mangsa yang berusia 36 tahun dan bekerja sebagai nelayan telah ditahan bersama dua individu lain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat pada Rabu.

“Suami mangsa bersama seorang suspek lelaki dan wanita berusia antara 35 hingga 47 tahun direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

“Mengikut siasatan suami mangsa mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah penyeludupan manakala seorang lagi suspek lelaki, tujuh rekod lampau.

“Kami dapati mangsa mengetahui tentang kegiatan suaminya itu yang terlibat dalam sindiket dadah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Khamis.

Polis sahkan kes culik usahawan kosmetik libat sindiket dadah

Beliau berkata, kejadian culik itu dipercayai berlaku kerana perselisihan faham dalam kalangan ahli sindiket terbabit.

Menurutnya, operasi khas telah digerakkan bagi mengesan wanita yang berusia 36 tahun itu yang dikatakan dibawa ke negara jiran.

Muhamad Zaki berkata, polis Kelantan telah menghubungi pihak berkuasa negara jiran dan mengadakan kerjasama bagi membawa balik mangsa.

“Siasatan awal mendapati mangsa mengenali suspek yang menculiknya.

“Setakat ini keluarga mangsa memaklumkan mereka tidak menerima sebarang panggilan yang meminta wang tebusan,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang wanita berusia 36 tahun dipercayai diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Palekbang, Tumpat pada Selasa.

Dalam kejadian jam 5.10 petang itu, Rosnazirah Mohd Naim didakwa dilarikan oleh empat lelaki dengan menggunakan sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna Perak.

Suspek didakwa mempunyai senjata semasa melarikan wanita berkenaan.

BACA:

Akhirnya terbongkar rahsia isteri selalu sangat singgah Shell, suami terkejut tahu

Mesyuarat ‘Top Five’ Umno bincang tarikh PRU tangguh lagi

“Kacak rupanya Sajat dulu”, muzik video lama tular semula

CATEGORIES