Polis pengiring dan helikopter dilihat berlegar di kawasan rumah Anwar, bakal ke istana

Polis pengiring dan helikopter dilihat berlegar di kawasan rumah Anwar bakal ke istana

Polis pengiring dan helikopter dilihat berlegar di kawasan rumah Anwar, bakal ke istana. Kehadiran sebuah helikopter yang berlegar-legar di ruang udara sekitar kawasan Sungai Long, Cheras menimbulkan tanda tanya dalam kalangan media.

Helikopter dipercayai milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berlegar-legar di ruang udara kira-kira jam 12.40 tengah hari ketika pengamal media setia menunggu perkembangan mengenai situasi pembentukan kerajaan di hadapan rumah Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Helikopter tersebut dilihat beberapa kali berlegar-legar di ruang udara sekitar kawasan berkenaan dan menimbulkan kehairanan pihak media yang berkumpul di kawasan itu sejak awal pagi.

Polis pengiring dan helikopter dilihat berlegar di kawasan rumah Anwar, bakal ke istana

Sementara itu, petugas media dari beberapa agensi hadir seawal jam 5 pagi di sekitar kawasan pintu masuk perumahan yang didiami Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan situasi berkaitan pembentukan kerajaan yang dijangka pada hari ini.

Berdasarkan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), tiada mana-mana gabungan parti berjaya memperoleh majoriti 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan untuk membentuk kerajaan.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ketua-ketua parti politik yang mempunyai majoriti terbanyak mengemukakan gabungan baharu dan calon Perdana Menteri kepada Istana Negara sebelum jam 2 petang, Selasa.

BACA JUGA :

Senarai Exco Kerajaan Perak – DAP 4, Umno 3

Ismail Sabri sahkan tidak sign SD sokong Muhyiddin atau Anwar

Pimpinan PH dan BN bertemu lagi pagi ini ‘finalize’ SD bersama

CATEGORIES