Polis mula kerah 7,000 pegawai, anggota untuk PRN Sarawak

Oleh MHDAILY

PDRM kerah 7,000 pegawai dan anggota untuk pilihanraya negeri Sarawak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kekuatan itu mencukupi bagi menampung sumber yang diperlukan untuk Pilihan Raya Negeri 12 (PRN12) kelak.

Keperluan menambah pegawai dan anggota setelah PDRM peroleh maklumat lengkap berhubung PRN12 daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

polis

“Setakat ini, jumlah anggota dan pegawai di Sarawak ada lebih 7,000 tetapi angkanya tidak dapat ditetapkan kerana kita belum dapat sepenuhnya pengumuman berkenaan PRN ini.

“Dari segi sumber manusia memang kita mencukupi dan jika ada diperlukan kita akan tambah. Jadi pihak kita memang sudah bersedia daripada segi sumber manusia dan jugak aset-aset yang ada,” katanya.

“Kita telah menerima arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang pelaksanaan SOP semasa PRN Sarawak ini.

Jadi kita berharap sangat (mereka) yang nak pergi mengundi akan mematuhi SOP yang diberikan bagi memudahkan proses PRN itu nanti,” katanya lagi.

BACA JUGA : Panas !!! Bersatu bersama Pas langgar kerusi UMNO