Polis Kelantan perlu khidmat Unit Bom Bukit Aman siasat insiden letupan kereta

Oleh MHDAILY

Polis Kelantan mengesahkan pihaknya memohon bantuan Unit Bom Bukit Aman bagi mencari punca sebenar insiden letupan yang didakwa berpunca daripada mercun sehingga meragut nyawa seorang lelaki di Simpang Empat Kampung Sireh, di sini petang Jumaat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, unit tersebut sudah dalam perjalanan ke lokasi untuk melakukan siasatan secara lebih meluas bagi melihat jumlah mercun yang ada di dalam kereta tersebut.

“Siasatan awal kita dapati kesannya (letupan) menghampiri 100 meter, jadi ini satu jumlah yang besar pada pandangan mata kasar,” katanya kepada pemberita semasa turun padang meninjau situasi terkini pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Terusan, Pasir Tumboh pada Sabtu.

Baca Artikel Penuh