Polis Kelantan dedah kes pemuda ditipu ‘boyfriend’, barang kemas ibu habis lesap

Polis Kelantan dedah kes pemuda ditipu ‘boyfriend’, barang kemas ibu habis lesap.

Demi membuktikan kasih sayang kepada pasangan, seorang lelaki lesap sejumlah barang kemas milik ibunya yang bernilai RM370,000 selain kerugian wang sebanyak RM201,000.

Lebih memburukkan keadaan, mangsa yang berusia 20-an dan bekerja sebagai peniaga dalam talian juga diugut akan disebarkan video bogel oleh ‘teman lelakinya’ yang kononnya seorang kerabat istana.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pada 30 Mei lalu mangsa berkenalan dengan suspek melalui aplikasi sembang sosial golongan sejenis dengan seorang individu yang menggunakan nama gelaran ‘Tengku’.

Polis Kelantan dedah kes pemuda ditipu 'boyfriend', barang kemas ibu habis lesap

“Sebaik sahaja berkenalan, suspek bertanyakan mengenai emas dan apabila mangsa menyatakan bahawa ibunya memiliki banyak barang kemas, suspek meminta lelaki itu menyerahkan barangan berkenaan untuk diliihatnya sebagai bukti kesetiaan dan kasih sayang mangsa kepadanya.

“Mangsa yang terpedaya dengan janji suspek kononnya akan memulangkan kembali barangan kemas itu membuat dua kalli penghantaran iaitu pada 31 Mei menggunakan perkhidmatan teksi diikuti 2 Jun lalu dengan e-hailing kepada pembantu peribadi ‘Tengku’ yang berada di Kota Bharu,” katanya menerusi satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Shafien berkata, sepanjang tempoh perkenalan juga, mangsa turut membuat beberapa pindahan wang berjumlah RM201,000 ke dua akaun bank milik individu pihak ketiga atas alasan sama malah dia juga dijanjikan hadiah sebuah kenderaan trak pikap.

Menurutnya lagi, mangsa membuat laporan polis pada Selasa lalu selepas berasa ditipu suspek kerana tidak pernah datang berjumpanya seperti yang dijanjikan dan tidak memulangkan kembali barangan emas milik ibunya itu.

“Suspek juga terus memaksa mangsa menyerahkan wang kepadanya termasuk mengugut untuk menyebarkan video bogel mangsa.

“Kes kini dalam siasatan polis kerana kesalahan menipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) yang jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara maksimum sepuluh tahun serta dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda,” katanya.

Shafien mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada semasa berurusan dalam talian, tidak terpedaya dengan janji manis individu yang baharu dikenali dan berhati-hati dengan sindiket Love Scam agar tidak menjadi mangsa yang seterusnya.

Beliau juga menyarankan supaya memuat turun secara percuma aplikasi telefon pintar ‘Check Scammers CCID’ untuk membuat semakan nombor akaun bank dan nombor telefon yang digunakan sama ada pernah terbabit dalam kes jenayah komersil.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/756026/barang-kemas-ibu-lesap-pemuda-ditipu-teman-lelaki

BACA JUGA : Panas !!! Pelantikan abang PM sebagai Pengerusi NAFAS, Nazri bidas pengkritik

COMMENTS

Wordpress (0)