Polis guna darah nyamuk jejak perompak

Polis guna darah nyamuk jejak perompak

Polis guna darah nyamuk jejak perompak. Darah seekor nyamuk yang sudah mati terlekat di dinding sebuah apartmen di wilayah Fujian, China, menjadi petunjuk pasukan penyiasat memberkas seorang penjenayah misteri.

Bunyinya kelihaan seperti plot episod Crime Scene Investigation (CSI), tetapi menurut sumber berita China, pihak berkuasa di Fuzhou berjaya menangkap pencuri selepas menganalisis kesan darah yang ditinggalkan di bahagian dinding oleh nyamuk tersebut.

Pasukan penyiasat memutuskan untuk menjalankan ujian darah bagi mengenal pasti data asid deoksiribonukleik (DNA) tersebut selepas memeriksa pangsapuri yang dirompak di kawasan kediaman bertingkat.

Polis menyedari perompak menceroboh kediaman itu selepas memanjat balkoni dan berkemungkinan suspek bermalam di situ.

Menurut Global Times, penyiasat menemukan sisa mi dan telur masak di dapur, selimut dan bantal yang diambil daripada almari pakaian sebelum ditinggalkan di atas katil, serta batang kemenyan yang dibakar sekali gus memberikan petunjuk individu yang menceroboh rumah itu.

Polis guna darah nyamuk jejak perompak

“Apabila kami melihat seekor nyamuk mati dengan dua kesan darah pada dinding, kami putuskan darah ini perlu dianalisis,” kata penyiasat.

Hasil ujian DNA menunjukkan darah itu adalah milik seorang lelaki bernama Chai yang kebetulan mempunyai rekod jenayah lampau.

Selepas 19 hari rompakan itu, Chai disoal siasat dan mengaku memecah masuk rumah tersebut serta tiga kes pecah rumah lain.

Dia kini ditahan sementara menunggu perbicaraan di mahkamah.

BACA:

Panik tengok asap tebal dan bau pelik, rupanya polis bakar ganja lebih 1.5 Tan

Selamba je tukar jadi kereta polis, sekali ini yang jadi

Syarikat Makanan buat laporan polis terhadap Mak Wan, ini yang terjadi rupanya

CATEGORIES