Polis dedah taktik penipuan bantuan RM500 e-dompet TNG

Oleh MHDAILY

Polis dedah taktik penipuan bantuan RM500 e-dompet TNG. Orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan taktik penipuan terbaharu yang mengambil kesempatan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang membabitkan pemberian bantuan RM500 menerusi pautan ‘Touch ‘N Go (TNG) yang dikongsi melalui SMS.

Modus operandi bagi penipuan itu adalah dengan pemberitahuan mengenai bantuan e-dompet RM500 yang diberikan kepada rakyat atas sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerlukan pengesahan identiti menggunakan pautan yang ‘bertopengkan’ aplikasi itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai, mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan bahawa pautan itu jelas menunjukkan bahawa ia bukan pautan rasmi TNG yang sebenar.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

“Pautan bagi TNG bukannya touchngoemy.top, emy.top itu sahaja jelas menunjukkan ia bukannya link sebenar. Orang ramai dinasihatkan jangan tekan link berkenaan.

“Pautan yang betul tidak akan ada emy.top itu, kalau ada emy.top ini sudah pasti ia adalah sindiket penipuan dalam talian,” katanya kepada BERNAMA.

Polis dedah taktik penipuan bantuan RM500 e-dompet TNG

Beh berkata, TNG juga tidak akan menghantar sebarang mesej atau pemberitahuan kepada pengguna dan tindakan sedemikian dilihat berpotensi kepada sindiket penipuan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai pemakluman bantuan e-dompet RM500 daripada pihak kerajaan melalui pautan TNG sehingga dakwaan seorang mangsa kehilangan RM1,950 selepas mengakses pautan berkenaan.

BACA:

β€œRasa pedih..”, babak Emma Maembong kena β€˜ratah’ suami masa berpantang jadi kecoh!

Husam Musa calon parlimen Shah Alam ganti Khalid Samad?

Youtuber Israel dedah beli passport masuk Malaysia dengan harga RM700K