Pokok tinggi antara punca capaian internet alami gangguan, kata Menteri

Oleh MHDAILY

Masalah liputan internet yang dialami penduduk di Kampung Seri Kesinai, Padang Besar, Perlis, adalah berpunca daripada keadaan bentuk muka bumi dan pokok-pokok tinggi yang terdapat di kawasan berkenaan.

Menerusi catatan di Twitter, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu dikenal pasti selepas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) melakukan siasatan semasa turun ke kawasan itu pada 21 Oktober lepas.

Susulan penemuan masalah itu, Annuar berkata KKMM akan memulakan kerja pengoptimuman menara berhampiran yang akan bermula esok dan dijangka siap pada 8 November, sebagai salah satu daripada langkah penyelesaian.

Baca Artikel Penuh