Pokok kelapa bercabang lapan berharga lebih RM4000

Oleh MHDAILY

Pokok kelapa bercabang lapan berharga lebih RM4000. Sebatang pokok kelapa yang tumbuh di Kabupaten Pacitan, Jawa Timur telah menarik perhatian orang ramai kerana keunikannya yang bercabang lapan, lapor Suara.com, semalam.

Pokok berusia 40 tahun milik Kateno dari Desa Ploso itu dianggap istimewa kerana kebiasaannya pokok kelapa hanya tumbuh lurus tanpa dahan bercabang.

Menurut Kateno, pokok kelapa setinggi lapan meter itu pernah mahu dibeli orang pada harga 15 juta rupiah (RM4,406).

Baca Artikel Penuh