PKS akan dibenarkan beroperasi dalam masa terdekat – TPM

Oleh MHDAILY

PKS akan dibenarkan beroperasi dalam masa terdekat.Kerajaan akan meneliti kaedah supaya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta peniaga kecil boleh beroperasi dengan segera dalam masa terdekat ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya akan berbincang dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk melihat perincian pembukaan ekonomi bagi sektor terbabit.

Katanya, kerajaan sedar mereka yang terjejas teruk akibat tindakan sekatan pergerakan ini membabitkan golongan PKS dan peniaga mikro.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

PKS

“kita sedang bincang perkara ini kerana yang terjejas teruk adalah peniaga mikro. Sebenarnya kita sudah buka (bagi kebenaran) kepada peniaga kecil menjual makanan di tepi jalan untuk memberi peluang meneruskan kehidupan. Permohonan mereka supaya dilonggarkan waktu perniagaan juga sudah dibenarkan.

“Tetapi masih banyak lagi peniaga PKS yang terjejas. Insya-Allah kita akan berbincang dengan menteri MEDAC berhubung perkara ini,” katanya pada operasi pematuhan di sebuah kilang elektronik di sini, hari ini.

BH kelmarin melaporkan, MEDAC sudah memperoleh persetujuan secara prinsip bagi membenarkan PKS dan peniaga kecil seluruh negara kembali operasi.

Wan Junaidi berkata, persetujuan secara prinsip daripada kerajaan itu dibuat bagi aktiviti perniagaan yang tidak menyumbang kepada kes COVID-19 dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Ditanya adakah semua sektor ekonomi PKS akan dibuka dalam tempoh Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), Ismail Sabri, berkata ia akan dibincang dengan Wan Junaidi terlebih dulu.

Mengulas prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan ekonomi PKS pula, beliau berkata, perkara itu akan dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/840443/pks-peniaga-kecil-dibenar-beroperasi-tak-lama-lagi

Jika Terlpas:Β Harga telur ayam naik…