PKR dan PH akan jadi blok terbesar, Rafizi beri tiga sebab ini

PKR dan PH akan jadi blok terbesar Rafizi beri tiga sebab ini

PKR dan PH akan jadi blok terbesar, Rafizi beri tiga sebab ini. Bakal Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli pada Isnin memberikan tiga sebab partinya dan Pakatan Harapan (PH) boleh menjadi blok terbesar di Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut bekas Ahli Parlimen Pandan itu, pertama adalah sekiranya jumlah pengundi tegar pelbagai bangsa yang sebelum ini mengundi PKR dan PH dapat ditingkatkan mencecah 70 peratus jumlah keluar mengundi.

Jelas Rafizi, jumlah peratusan keluar mengundi itu adalah peningkatan 10 peratus daripada purata 60 peratus pengundi yang keluar mengundi sedia ada sejak beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

Kata Rafizi, sebab kedua adalah jika PKR dan PH berjaya memikat kembali lima peratus daripada pengundi atas pagar yang beralih sokongan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk mengundi mereka.

“Ketiga, PKR dan PH berjaya mendapat 30 peratus daripada jumlah pengundi kali pertama pelbagai kaum,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi Facebooknya, pada Isnin.

Rafizi turut memaklumkan bahawa beliau akan mula berkempen secara tersusun setiap minggu bermula 1 Julai ini sebagai persediaan menghadapi PRU15.

“Jangkaan saya Dewan Rakyat dibubarkan seawal Ogos atau September 2022 untuk membolehkan Bajet 2023 dibentangkan oleh kerajaan baru,” katanya.

Tambah beliau, tumpuan utama dalam berkempen adalah bagi menyakinkan pengundi dari tiga kumpulan iaitu pertamanya pengundi tegar PKR dan PH di kerusi-kerusi utama yang perlu dipertahankan.

“Kedua, pengundi atas pagar yang akan mengundi di kerusi-kerusi utama yang perlu dipertahankan.

“Ketiga, pengundi kali pertama daripada kalangan pengundi muda bawah 25 tahun dan mereka yang tidak pernah mengundi selama ini di kerusi-kerusi utama yang perlu dipertahankan,” katanya.

Rafizi berkata, beliau akan berkempen menggunakan pentas Ayuh Malaysia memandangkan tahap kelesuan pengundi terhadap parti-parti sedia ada adalah tinggi.

“Kempen akan bermula dengan satu latihan peringkat nasional kepada sukarelawan-sukarelawan Ayuh Malaysia yang akan diadakan pada hari Sabtu, 2 Julai 2022 dari jam 2 petang ke 5 petang di Kuala Lumpur,” kata Rafizi.

BACA:

Jawatan kosong terkini di FINAS, mohon sekarang

Cikgu dibuang kerja kerana benarkan pelajar ‘bogel’

CATEGORIES