PKP 3.0 bukti kerajaan telah gagal

Oleh MHDAILY

Diberi amaran banyak kali. Tutup penerbangan daripada India apabila mutasi covid berlaku di sana. Tak ada tindakan. Sampailah hujung April baru disekat penerbangan daripada sana.

Diberi amaran banyak kali. Naikkan tempoh kuarantin wajib. Tapi kerajaan turunkan daripada 14 hari kepada 7 hari sahaja pada Disember lepas. Walhal diumum Covid ini kadang-kadang hanya boleh dikesan pada hari ke 13. Akhirnya hujung April baru diumum kuarantin wajib dinaikkan semula kepada 14 hari.

Diberi ingatan banyak kali. Buat kuarantin ketat sebelum Ramadhan. Ambil peluang kuasa darurat yang sangat besar untuk buat PKP seluruh negara. Supaya apabila Ramadhan, peniaga-peniaga kecil dapat bernafas semula. Kena ingat, industri pakaian hanya booming dua kali setahun. Hari Raya dan Awal Tahun Persekolahan. Tapi tak buat. Malah dijanji pula tiada PKP seluruh negara.

Baca Artikel Penuh