Pilot kongsi pengalaman mendebarkan bawa bekalan vaksin pertama negara

Oleh MHDAILY

Ia merupakan satu jam paling mendebarkan bagi Hamdan Che Ismail sepanjang tempoh 29 tahun kerjayanya dalam dunia penerbangan ketika mengendalikan pesawat Malaysia Airlines MH604 yang membawa kumpulan pertama vaksin Covid-19 ke Malaysia hari ini.

Sepanjang penerbangan dari Singapura itu, Hamdan yang juga pengarah operasi penerbangan Malaysia Airlines perlu memastikan suhu yang bersesuaian dalam pesawat dikekalkan supaya tidak menjejaskan keberkesanan vaksin dibawa.

Hamdan mengakui berasa sedikit gementar dan takut apabila memikirkan mengenai tugasan hari ini adalah untuk membawa vaksin Covid-19 bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar bakal dilaksanakan di negara ini.

Baca Artikel Penuh