Pilih Bersatu, Hadi salah percaturan – Khairuddin Takiri

Pilih Bersatu Hadi salah percaturan Khairuddin Takiri

Pilih Bersatu, Hadi salah percaturan – Khairuddin Takiri. Seorang bekas pemimpin kanan PAS, menyifatkan presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang sepatutnya menjalinkan kerjasama dengan UMNO, bukan BERSATU yang disifatkan sebagai ‘parti kecil’ dan hanya bergantung kekuatan orang lain.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali, berkata strategi PAS meletakkan kerjasama dengan BERSATU dalam Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu kesilapan.

“Strategi yang digunakan sekarang ini ialah meletakkan BERSATU sebagai tonggak untuk dibuat muafakat, sedangkan yang sepatutnya dengan UMNO.

“Saya yakin sekiranya Presiden PAS mempertahankan hubungan dengan UMNO, BERSATU pasti menurut kerana ia parti kecil dan bergantung kepada PAS.

“Itu hak tok guru (Hadi) sebagai presiden, saya berbeza dengan beliau dan dalam bab ini saya yakin bahawa strateginya tidak menguntungkan PAS,” katanya seperti dilaporkan oleh portal berita, FMT, hari ini.

Pilih Bersatu, Hadi salah percaturan - Khairuddin Takiri

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, kejayaan memperbaiki hubungan dengan UMNO yang sudah lama berseteru dengan PAS, sepatutnya dimanfaatkan Hadi dan dipertahankan bagi membentuk gabungan lebih kuat.

“BERSATU parti kecil, dia bergantung kepada PAS, (sepatutnya) PAS menentukan. Pertembungan lama yang panjang dengan UMNO, bukan dengan BERSATU. Bila kita berjaya redakan menerusi Muafakat Nasional, ia mesti disambung, peluang (lebih besar) dengan UMNO, bukan BERSATU.

“Tetapi itu pandangan saya, mungkin saya salah sebab saya seorang (berani bersuara), barangkali tok guru betul. Tetapi saya yakin saya betul,” katanya yang keluar PAS pada 14 Mac susulan pemecatannya sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS dan Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat.

Bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu turut mendedahkan, ada pemimpin parti turut menyuarakan sentimen sama dengannya berhubung kerjasama PAS dengan BERSATU, namun ramai memilih untuk bercakap ‘di belakang’ sahaja.

Berbeza dengan dirinya, Khairuddin menyifatkan hanya beliau terkehadapan untuk membawa isu itu sehingga dirinya keluar daripada PAS.

“Ada lagi lantang tetapi saya tak nak sebut nama, tetapi boleh lihat sendiri siapa yang bercakap dan ramai lagi bercakap…tetapi itu normal dalam parti.

“Mereka bercakap sebagai ahli parti secara dalaman dan bila buat keputusan mereka akur dengan keputusan parti, bila parti nak kepada BERSATU itu hak parti. Saya tak setuju, saya keluar dengan baik. Itu sahaja,” katanya.

BACA:

Netizen kecam tudung ‘terbang’ lagi, sekali kena sekolah balik dengan isteri Caprice

“Dia selalu buat main”, lelaki beri vape pada bayi akhirnya munculkan diri

Ini latar belakang Laudya Cynthia Bella yang ramai tak tahu – Artis paling mahal Indonesia

CATEGORIES