PH Melaka sudah ada barisan calon – Adly

Pakatan Harapan (PH) Melaka mengakui sudah mempunyai bayangan barisan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya, Adly Zahari.

Beliau berkata, pada awalnya persiapan berkenaan adalah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), namun pihaknya akan menggunakan persiapan itu bagi menghadapi PRN Melaka.

“Disebabkan ia (PRN Melaka) diadakan lebih awal, kita akan muktamadkan (senarai calon), nanti kita putuskan siapa calonnya. Tunggulah dalam sehari dua ini. Apa yang sudah kita putuskan di peringkat negeri, kita akan serahkan ke peringkat seterusnya,” katanya di sini, hari ini.

PH Melaka sudah ada barisan calon - Adly

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari.

Beliau bagaimanapun menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan PRN Melaka pada 20 November adalah satu langkah tergesa-gesa, tetapi pihaknya akan bersedia dengan segala kemungkinan.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh hari ini mengumumkan tarikh pelaksanaan PRN Melaka pada 20 November depan, manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat ADUN terbabit adalah Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas).

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/877462/ph-sudah-ada-bayangan-calon-adly

BACA JUGA : Panas !!! Lagi dakwaan Adun Warisan keluar parti

COMMENTS

Wordpress (8)
  • comment-avatar
    Stefan 2 weeks

    Excellent post. Keep writing such kind of information on your page. Im really impressed by your site.

    http://TaowebKiemtIen.com

  • comment-avatar
    Lawrence 2 weeks

    I read this post completely regarding the comparison of latest and
    previous technologies, it’s amazing article.

    My web-site Iona

  • comment-avatar
    Branden 2 weeks

    Hi, always i used to check web site posts here in the early hours in the breakof day, since i enjoy to find out more and more.

    http://Northcountrybuildersllc.com

  • comment-avatar
    Miquel 2 weeks

    Hi there everyone, it’s my first pay a quick visit at this site,
    and post is actually fruitful in support of me, keep up posting these
    posts.

    Look at my homepage Michel

  • comment-avatar
    Jacquelin 2 weeks

    I every time spent my half an hour to read this website’scontent every day along with a mug of coffee.

    http://SurveyMommy.com

  • comment-avatar
    Dante 2 weeks

    you are in point of fact a just right webmaster. The site loading
    speed is incredible. It kind of feels that you’re doing any unique trick.
    Moreover, The contents are masterpiece. you’ve performed a wonderful task in this subject!

    Feel free to visit my web-site – Dell

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : PH Melaka sudah ada barisan calon – Adly […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : PH Melaka sudah ada barisan calon – Adly […]