PH ingatkan AG, Muhyiddin naik dengan sokongan ketua parti

Oleh MHDAILY

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengambil maklum kenyataan Presiden UMNO bahawa parti itu telah menarik balik dan menamatkan sokongan kepada Perdana Menteri serta merta.

Majlis Presiden juga mengambil maklum kenyataan oleh Peguam Negara berkaitan isu penzahiran sokongan terhadap Perdana Menteri. Kami mengingatkan Peguam Negara bahawa Tan Sri Mahiaddin Md Yasin sendiri telah dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan warkah ketua-ketua parti politik yang menyokong beliau, termasuk Presiden UMNO, yang telah dipersembah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 29 Februari 2020.

Maka apabila ketua parti terbesar itu mengumum menarik sokongan seperti yang berlaku sekarang, maka Perdana Menteri telah hilang sokongan asas parti tersebut dan seterusnya hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen. Jelas sekali Peguam Negara bertindak lebih sebagai ahli politik PN daripada mempertahankan keluhuran undang-undang.

Baca Artikel Penuh