PH fokus bincang suntikan RM45 bilion dengan MOF untuk bantu rakyat dalam belanjawan 2022

Oleh MHDAILY

PH fokus bincang suntikan RM45 bilion dengan MOF untuk bantu rakyat dalam belanjawan 2022.Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengadakan siri kedua konsultasi Belanjawan 2022 dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) semalam bagi membincangkan peruntukan dan agihan kewangan yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Oktober.

Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, mesyuarat semalam membincangkan secara mendalam mengenai suntikan fiskal RM45 bilion – komponen penting dalam perjanjian persefahaman (MOU) antara kerajaan dengan PH.

Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan PH adalah untuk membincangkan antara lain bagaimana suntikan fiskal RM45 bilion akan dibelanjakan dengan pembayaran tunai, kemudahan kesihatan dan insentif pekerjaan.

Baca Artikel Penuh