PH cadang bantuan RM1,500 sebulan diperkenal kerajaan

PH cadang bantuan RM1,500 sebulan diperkenal kerajaan

PH cadang bantuan RM1,500 sebulan diperkenal kerajaan.Bantuan RM1,500 sebulan kepada golongan B40, termasuk RM1,000 sebulan kepada golongan M20 adalah antara cadangan yang diketengahkan Pakatan Harapan (PH) kepada kerajaan bagi menangani kemelut pengurangan pendapatan rakyat.

Jawatankuasa Kos Sara Hidup PH dalam kenyataannya berkata, pihaknya menyokong penuh cadangan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim itu, selepas mengambil kira kesan penurunan pendapatan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

bantuan

“Akibat pendapatan berkurang kesan daripada PKP, sebahagian golongan M40 turun kepada B40 dan ia melebarkan kesenjangan pendapatan berdasarkan Laporan Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia.

“Selain itu, peruntukan bantuan bakul makanan menerusi jumlah pemberian dinaikan daripada RM100,000 kepada RM300,000 disambut baik dan kami menyarankan pihak kerajaan menyalurkan peruntukan berkenaan serta merta,” katanya.

Kata jawatankuasa itu lagi, sebagai menjunjung semangat demokrasi dan federalisme, pihaknya menyeru semua kerajaan negeri melaksanakan perkara sama dengan menyalurkan peruntukan kepada semua wakil rakyat secara adil dan saksama bagi meringankan beban rakyat secara menyeluruh.

“Pihak jawatankuasa juga menyokong sepenuhnya langkah pihak kerajaan dalam memberikan moratorium automatik tanpa faedah kepada semua golongan. Kementerian Kewangan dan institusi perbankan perlu sedar bahawa langkah ini adalah sebahagian tanggungjawab sosial korporat yang mesti dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat jelata,” katanya.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/02/ph-sokong-cadangan-bantuan-rm1500-kepada-b40/

Jika Anda Terlepas: Panas !!! MP Umno dilapor tandatangan surat tarik diri daripada kerajaan PN