Petua orang Jepun nak bagi anak-anak seronok ke Sekolah

Petua orang Jepun nak bagi anak-anak seronok ke Sekolah. Negara Jepun memang terkenal dengan amalan disiplin dan budaya hidup mereka tersendiri yang sering dikagumi dan menjadi ikutan.

Dari segi budaya kerja, pentadbiran negara, teknologi dan inovasi sehinggalah asuhan dan didikan kanak-kanak, banyak sudut positif yang boleh kita pinjam dari negara Jepun.

Dalam bidang pendidikan misalnya, terdapat perbezaan yang ketara bagaimana orang Jepun menguruskan hari pertama sesi persekolahan kanak-kanak di sana dengan apa yang dilakukan di Malaysia.

Menurut satu hantaran yang dibuat oleh Zunita Ramli melalui akaun Facebooknya, orang Jepun banyak menggunakan psikologi bagi membantu kanak-kanak di sana supaya lebih seronok hadir ke sekolah.

Sejak hari pertama sesi persekolahan lagi, kanak-kanak di Jepun dididik secara psikologi agar mereka dapat membiasakan diri dengan suasana baru di sekolah.

Jom kita lihat apa sebenarnya perbezaan ini dan boleh ke kalau kita nak amalkannya pula nanti di Malaysia?

Petua orang Jepun nak bagi anak anak seronok ke Sekolah

Semalam, Isnin, bermula sesi persekolahan tahun 2022 di Malaysia. Macam-macam gelagat dipaparkan. Tapi mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana pula suasana sesi persekolahan hari pertama di Jepun?

Di Jepun, sesi persekolahan lepas cuti panjang biasanya bermula pada hari Khamis. Ya, hari Khamis bukan Isnin.

Macam pelik kan, kenapa mula Khamis?

Kenapa tak Isnin?

Ikutkan nanti sekolah dua hari je, Khamis, Jumaat.. lepas tu Sabtu, Ahad dah cuti balik. Kalau mula Isnin sampai Jumaat tu, tak payah la basuh baju sekolah banyak kali kan?

Kenapa?

Haa.. Banyak sebab sebenarnya, tapi salah satu sebabnya adalah psikologi.

Secara psikologinya, lepas cuti panjang budak-budak biasanya “liat” dan hilang momentum nak ke sekolah. Ye lah, cuti lama kan. Lagi-lagi bila terpaksa mulakan rutin baru, kena bangun awal pagi dan sebagainya.. jadi nak kurangkan impak perubahan rutin baru tu, sekolah dimulakan pada hari Khamis.

Bermakna, mereka sekolah dua hari je Khamis Jumaat lepas tu cuti. Kira macam nak bagi fasa perubahan murid dari cuti panjang ke sesi sekolah tu tak berapa drastik lah.

Lagi pula, sesi persekolahan Khamis dan Jumaat tu pun biasanya sekolah separuh hari je. Waktu ni murid tak belajar pun, dia orang biasanya dibiarkan bermain dan suai kenal dengan kawan-kawan baru, cikgu, dan sebagainya. Jadi biasanya hari pertama persekolahan ni, budak memang suka lah sebab dapat main dan jumpa kawan-kawan.

Bermakna, psikologi “seronok pergi sekolah” dah diterapkan dari hari pertama sesi persekolahan lagi, jadi tak ada isu lah untuk pelajar ke sekolah bagi minggu seterusnya.

Selain tu untuk pelajar baru Tahun Satu, biasanya mereka dah dijemput beberapa kali ke sekolah tu sebelum tu, bagi biasakan mereka dengan suasana kat sekolah baru tu nanti.

Contohnya pada Hari Sukan sekolah, pelajar yang akan bersekolah Darjah Satu di sekolah tersebut akan dijemput untuk sertai Hari Sukan. Sekolah juga akan disediakan acara untuk mereka sertai. Jadi bila ada aktiviti macam ni, mereka dah rasa tak asing dekat sekolah baru tu nanti. Sebab dah kenal kawan-kawan, dah tahu suasana sekolah macam mana dan sebagainya.

Jadi saya kira secara psikologinya, budak-budak ni dah rasa seronok nak masuk Darjah Satu nanti. Sebab tu kalau tengok dekat Jepun, agak jarang budak Darjah Satu menangis masa hari pertama persekolahan.

Persediaan psikologi anak-anak untuk ke sekolah, dah dibuat jauh lebih awal.

Nampak simple, tapi ia beri impak besar. Bila murid seronok ke sekolah, secara tak langsung akan kurang masalah ponteng, pelajar lebih fokus, semangat dan sebagainya.

Begitulah.

Tengok Juga:

Baca:

Kecoh gegelung sotong ambil isi dari babi, ini jawapan JAKIM

Terkini : Khairuddin Takiri umum keluar PAS

Tahniah! Uqasha Senrose bakal bergelar ibu?

CATEGORIES