Petua nak bagi tinggi cepat paling berkesan, tak perlu ubat pun

Petua nak bagi tinggi cepat paling berkesan tak perlu ubat pun

Petua nak bagi tinggi cepat paling berkesan, tak perlu ubat pun. SEMUA ibu bapa ingin melihat tubuh anaknya tinggi dan kelihatan tegap sampai ada yang sanggup memberi suplemen yang didakwa mampu menambah ketinggian mereka dengan cepat.

Ketinggian seseorang itu sebenarnya bergantung kepada gen yang dimiliki namun ia bukan satu-satunya faktor yang mempengaruhi pertumbuhan anak-anak anda.

Sebenarnya tanpa suplemen yang belum terbukti keberkesanannya pun boleh membantu anak-anak anda membesar dengan kuat termasuklah;

1. Pola pemakanan seimbang

Kids aren't eating enough whole fruit | health enews

Petua nak bagi tinggi cepat paling berkesan tak perlu ubat pun

Cara terbaik untuk memaksimumkan pertumbuhan ketinggian anak anda adalah dengan memastikan mereka mendapat gizi yang cukup termasuk pola pemakanan seimbang.

Ini termasuk pengambilan protein, karbohidrat, lemak serta vitaman dan mineral yang cukup. Sebaik-baiknya elakkan makanan segera dan minuman sejuk.

Makanan yang tinggi zinc juga seperti kekacang, sayur-sayuran, telur dapat membantu pertumbuhan anak-anak anda.

2. Regangan

Stretching and Flexibility for Kids

Ia mungkin kedengaran tidak penting namun ia ternyata dapat memberi manfaat kepada ketinggian anak anda. Ajarkan mereka beberapa gerakan regangan badan yang ringkas.

Regangan dapat memanjangkan tulang belakang dan memperbaiki postur tubuh mereka.

3. Yoga

Yoga for constipation: 8 poses for quick relief

Praktik yoga melibatkan banyak gerakan peregangan dan keseimbangan, di mana keduanya sangat baik untuk pertumbuhan ketinggian anak.

4. Skipping (Lompat tali)

6 cool tricks you can do with a skipping rope - Active For Life

Skipping atau lompat tali adalah senaman yang menyeronokkan selain ia dapat menggerakkan seluruh anggota badan termasuk jantung serta membantu menambah ketinggian.

Ketika melakukan lompat tali, tubuh akan meregang dan ia akan meningkatkan pertumbuhan mereka secara vertikal.

5. Renang

Bébé nageur : à quel âge ? comment ? où ? | Hello Tribu

Renang adalah sukan yang menyihatkan selain melibatkan banyak gerakan regangan yang dapat menguatkan tulang punggung sekaligus menambah ketinggian badan mereka.

BACA:

Proton Saga lama ini makin melambung harga, automatik kaya siapa yang ada

Keluarga Altantuya menang saman kerajaan RM5 juta

Netizen puji anak Azad Jasmin macam Kajol, “cantik sangat ni!”

CATEGORIES