Petani dakwa 62 tahun tak pernah tidur, sejak tahun 1962

Seorang petani di Vietnam mengakui bahawa dia tidak dapat tidur sejak tahun 1962 dan menghabiskan kira-kira 70 batang rokok

serta minum 40 gelas tuak setiap hari, menurut laporan akhbar Daily Star kelmarin.

Thai Ngoc, 80 tahun, mengungkapkan bahawa ketika jiran-jirannya tidur, dia akan pergi ke ladang di kampungnya dan bekerja kerana dia kehilangan kemampuan untuk tidur.

Petani dakwa 62 tahun tak pernah tidur, sejak tahun 1962

“Melihat orang lain tidur membuat saya berasa iri. Pada waktu malam, saya biasanya keluar bekerja kerana saya bosan duduk di rumah. Yang anehnya, saya bekerja dua kali ganda lebih banyak daripada orang lain, tetapi taraf hidup saya masih sama,” kata Thai kepada pengarah dokumentari, Drew Blinsky.

Thai mencuba mendapatkan bantuan di hospital untuk merawat sindrom insomnia yang dihadapinya, tetapi doktor-doktor gagal menemui penyelesaian.

Baca Artikel Penuh