Pesuruhjaya sumpah, firma guaman kini perkhidmatan perlu

Pesuruhjaya sumpah, firma guaman kini perkhidmatan perlu

Pesuruhjaya sumpah, firma guaman ditukar status jadi perkhidmtan perlu, boleh operasi. Perkhidmatan berkaitan guaman, merangkumi firma guaman dan pesuruhjaya sumpah dibenarkan beroperasi mulai hari ini.

Pesuruhjaya sumpah

Ini susulan kemas kini terbaru oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menukar status sektor berkenaan menjadi perkhidmatan perlu dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

Setiausaha Majlis Peguam Shahareen Begum berkata, pihaknya menerima semakan semula prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri semalam.

“SOP yang sudah dikemas kini itu mengesahkan firma undang-undang diakui sebagai perkhidmatan penting tanpa mengira bidang amalan dan dibenarkan beroperasi berkuat kuasa 29 Jun (hari ini) tertakluk kepada syarat-syarat,” katanya dalam kenyataan.

Panduan MKN yang dikemas kini pada 28 Jun memaparkan firma guaman dan pesuruhjaya sumpah boleh beroperasi seperti biasa namun dengan kehadiran kakitangan sokongan dan pengurusan sehingga 60%.

Bagaimanapun, kebenaran untuk beroperasi perlu dimohon melalui portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 kendalian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan surat kebenaran boleh dicetak dari portal CIMS jika permohonan diluluskan.

Sebelum ini, firma berkaitan undang-undang diarahkan tutup sepanjang PKP 3.0 yang berkuat kuasa sejak 1 Jun lalu.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/29/firma-guaman-pesuruhjaya-sumpah-dibenar-beroperasi-mulai-hari-ini/

Jika Anda Terlepas:Panas !!! Abu Kassim letak jawatan dari Prasarana