Pesawat ni tiba-tiba berhenti di atas udara, “ada traffic light merah ke?”

Pesawat ni tiba-tiba berhenti di atas udara, “ada traffic light merah ke?”

Pesawat ni tiba-tiba berhenti di atas udara, “ada traffic light merah ke?” Baru-baru ini tular di media sosial satu video memaparkan sebuah pesawat yang kelihatan ‘terhenti’ seketika di udara hingga mencetuskan berbagai-bagai spekulasi daripada pelbagai pihak, lapor LADbible.

Berdasarkan laporan, keadaan pesawat yang berhenti tiba-tiba di udara itu dipercayai seolah-olah terdapat lampu isyarat yang sedang dalam keadaan merah (berhenti) di langit ketika kejadian.

Seperti yang sedia maklum juruterbang kebiasaanya tidak mengikut kod isyarat lebuh raya yang dibuat untuk pacuan empat roda, motosikal, lori dan lain-lain.

Namun keadaan itu membuatkan ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku sehingga mengakibatkan pesawat berkenaan terhenti di udara.

Menerusi perkongsian @plac3bo1 di laman TikTok, detik itu dirakam semasa dia berada di jalan raya di mana semua keadaan berada dalam keadaan normal.

Pesawat ni tiba-tiba berhenti di atas udara, "ada traffic light merah ke?"

Semasa pemilik akaun itu merekod, ia menunjukkan semua kenderaan lain bergerak namun pesawat berkenaan dilihat kekal di tempat yang sama dalam tempoh masa yang lama.

“Pesawat itu tersangkut di udara kelihatan seperti beku,” katanya menerusi kapsyen.

Video tersebut telah mendapat 3.9 juta tontonan serta beribu-ribu komen daripada orang ramai yang bingung dengan pemandangan luar biasa itu.

“Hanya di lampu merah,” kata salah seorang yang memberi komen.

“Fikirkan ada lampu untuk berhenti,” ujar pemberi komen.

Dalam masa sama ada sesetengah pemberi komen juga ingin mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

“Ada sesiapa mempunyai sebarang penjelasan untuk perkara ini kerana saya ingin tahu,” katanya.

Dalam kes ini, sebilangan orang turut memberi komen bahawa ia merupakan sebagai bukti bahawa kita hidup dalam simulasi komputer.

Dalam masa yang sama, Editor Sains dan Teknologi Jeff Parsons turut memberi penjelasan munasabah mengenai video pesawat yang berhenti di udara itu.

“Kemungkinan besar pergerakan kereta itu menghalang penampakan kelajuan pesawat ketika ia mendarat.

“Tambahkan dengan perspektif kamera yang berubah-ubah ia mungkin kelihatan seolah-olah pesawat itu tidak bergerak di udara,” katanya memetik LADbible.

@plac3bo1The Plane is stuck in the air looking like it’s frozen

♬ original sound – Denis

BACA:

Unsur illuminati atas pentas Gegar Vaganza buat netizen resah

Air Asia umum ambil semula pilot, kru kabin yang diberhentikan

Isu ejen Mossad, Anwar tuntut Hamzah dan Hisham beri penjelasan

CATEGORIES