Pesakit diabetes : Antara gula kelapa dengan gula putih…

Oleh MHDAILY

Gula Kelapa (Palm Sugar) adalah manisan natural yang terhasil dari pokok kelapa. Ia mempunyai pelbagai nama, mengikut jenis pokok yang dihasilkan. Antaranya gula melaka, gula kabong, manise, gula nipah, gula melaka, gula merah dan pelbagai lagi.

Gula kelapa lebih sesuai untuk pesakit diabetis kerana mempunyai Indek GIisemik yang lebih rendah berbanding gula pasir dan madu.

Sebagai perbandingan:
GI gula kelapa = 35
GI madu = 55
GI gula perang = 60
GI gula pasir = 65-70
GI glukosa = 100

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Gula Kelapa mengandungi lebih banyak mineral seperti kalsium, potassium dan zat besi berbanding dgn gula pasir yang hampir tiada mineral.
Jadi pesakit diabetis boleh sesuai mengambil gula kelapa berbanding gula putih. Ambil dalam kuantiti yang sederhana untuk mengelakkan rasa pahit kopi atau teh saja, bukan untuk mendapat rasa manis.

Lebih baik jika kita tidak mengambil langsung sebarang gula dalam minuman kerana ia menyumbangkan nilai karbohidrat. Sudah tentu ia meningkatkan tahap gula dalam tubuh pesakit diabetis.

Yang lebih baik, boleh guna ‘daun stevia‘ yang tiada langsung nilai karbohidrat dan bagus untuk pesakit diabetes dan mereka yang ingin mengurangkan berat badan.
Semoga bermanfaat.

Sumber :