Peruntukan naik taraf pejabat RM23.8 juta, pembangunan kepakaran hanya RM200 ribu

YB Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) semalam mencelah ucapan Yb Hanipa Maidin (Sepang) untuk mempersoalkan jumlah peruntukan yang dianggap tidak mencerminkan keutamaan ketika Covid-19 melanda negara.

Menerusi ciapannya di twitter, Dr Dzulkefly bertanyakan kementerian itu mengapa peruntukan untuk program Pembangunan KEPAKARAN Perladangan & Komoditi (00526) hanya RM200,000, sedangkan peruntukan naik taraf PEJABAT Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi diperuntukkan sehingga RM23.8juta!

Ini menimbulkan persoalan tentang keutamaan menteri terhadap situasi yang sedang dihadapi negara ketika ini.

Peruntukan untuk naik taraf pejabat-pejabat antara yang dibangkitakan bekas Perdana Menteri sebelum ini yang dianggap tidak perlu dalam situasi negara yang sedang bertarung dengan Covid-19.

Peruntukan ubahsuai pejabat kementerian seharusnya disalurkan kepada usaha negara menghadapi Covid-19 ketika ini.

Sumber :