Persekutuan majikan harap isu kelulusan operasi, kebenaran pergerakan pekerja diselesaikan segera

Persekutuan majikan harap isu kelulusan operasi, kebenaran pergerakan pekerja diselesaikan segera

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berharap isu-isu kelulusan untuk beroperasi dan membolehkan kakitangan mereka membuat perjalanan semasa tempoh sekatan pergerakan akan diselesaikan secepat mungkin.

Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, persekutuan itu juga berharap kerajaan akan membuat prosedur permohonan yang lebih jelas dan mudah memandangkan hanya 20 peratus kakitangan dibenarkan berada di tempat kerja, senario untuk perniagaan adalah lebih serius.

Beliau dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, sebarang kelewatan dalam mendapatkan kelulusan untuk perjalanan akan memperlahankan lagi operasi serta menjejaskan semua pihak, dan perniagaan tidak mampu lagi menanggung sebarang kerugian.

”Adalah menjadi satu masalah bagi majikan untuk mendapatkan kelulusan dalam melakukan perjalanan kerja dalam tempoh sekatan di seluruh negara yang akan dimulakan esok sehingga 14 Jun.

”Isu berkenaan diredakan dengan pantas hari ini susulan pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa permohonan untuk semua 17 sektor perkhidmatan penting yang diluluskan akan dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Pintar Covid-19 (CIMS) 3.0 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya.

MEF ingin melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan MKN kerana mengambil berat kebimbangan majikan serta mempertimbangkan cadangan untuk menghidupkan semula pusat sehenti itu di bawah MITI yang pernah dilaksanakan semasa PKP 1.0.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/141588/BERITA/Nasional/MEF-harap-isu-kelulusan-operasi-perjalanan-kakitangan-diselesaikan