Perompak gelabah tengok cashier pegang kayu besbol, “salah orang kau target bro”

Perompak gelabah tengok cashier pegang kayu besbol, “salah orang kau target bro”

Perompak gelabah tengok cashier pegang kayu besbol, “salah orang kau target bro”. Sudah menjadi tabiat buat para perompak pada waktu malam atau pada awal pagi ketika keadaan sunyi. Kedai runcit yang mempunyai juruwang perempuan turut menjadi antara sasaran para perompak.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila para perompak dilihat ‘tersilap langkah’ dengan tindakan yang dilakukan. Menerusi perkongsian TikTok @waiisyg69, dapat dilihat pada awal video dua perompak yang memakai helmet memasuki kedai runcit lalu mahu mendapatkan dua botol Coca-Cola.

Situasi menjadi lebih tegang apabila dua perompak tersebut masing-masing mengeluarkan senjata untuk mengugut juruwang wanita ini menyerahkan segala wang yang ada.

@waiisyg69♬ Unstoppable (I put my armor on, show you how strong I am) – Sia

Tindakan yang dilakukan berjaya dipatahkan juruwang wanita ini apabila berjaya mengeluarkan kayu besbol yang bukan sahaja digunakan untuk mempertahankan diri malah untuk meligan mangsa.

Perompak gelabah tengok cashier pegang kayu besbol, "salah orang kau target bro"

Rakaman yang dibuat menerusi CCTV ini turut melihat dua pemuda lelaki memakai helmet ini lari lintang pukang keluar daripada kedua lalu menaiki motosikal untuk beredar dari kawasan tersebut.

Langkah berani yang dilakukan juruwang wanita ini sekaligus membuatkan para netizen berasa kagum serta puas melihatnya. Berikut merupakan respon netizen terhadap aksi berani wanita ini.

Video yang tular ini sekaligus memberi gambaran untuk para juruwang setidaknya menyediakan satu barangan yang boleh dijadikan senjata di samping tidak keseorangan sekiranya menjadi juruwang pada waktu sunyi khususnya buat para wanita.

BACA:

Anak Muhyiddin pakai nama Priest, mufti-mufti Malaysia akhirnya bersuara

Pele meninggal dunia di usia 82 tahun

Lelaki redha netizen jadikannya bahan lawak lepas minta edit gambar ada di stadium

CATEGORIES