Perlu ada akta baharu untuk lantik jawatan utama kerajaan, kata BERSIH

Oleh MHDAILY

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menggesa satu Rang Undang-Undang (RUU) baharu digubal bagi tujuan penambahbaikan pelantikan dan pemecatan pegawai jawatan utama kerajaan yang kini didakwa dikawal menerusi pengaruh eksekutif khususnya Perdana Menteri.

Pengarah Eksekutifnya, Yap Swee Seng berkata, cadangan itu disenaraikan menerusi laporan penyelidikan yang disediakan oleh penyelidik yang juga peguam cara, Lim Wei Jiet bawah naungan BERSIH 2.0.

Menurutnya, cadangan tersebut menggariskan beberapa perkara dan antara elemen paling utama yang perlu dimasukkan dalam akta baharu adalah melantik Panel Penasihat Penilaian yang bebas dan diketuai oleh pertubuhan masyarakat sivil untuk menemu bual dan mengesyorkan calon jawatan utama kerajaan.

Baca Artikel Penuh