Perkhidmatan ‘Penampar Maya’ lelaki ini sold out di Shopee

Perkhidmatan ‘Penampar Maya’ lelaki ini sold out di shopee.Sejak pandemik melanda, dapat dilihat orang ramai semakin kreatif dalam mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan. Malah, dapat dilihat pelbagai produk berjaya tular dalam tempoh pandemik ini.

Dalam pada itu, seorang penjual Shopee ini tampil luar daripada kebiasaan dengan menawarkan sesuatu yang unik pada platform tersebut iaitu ‘penampar maya’.

Seperti namanya, penjual ini menawarkan menghantar penampar maya mengikut pilihan pembeli. Menariknya terdapat dua variasi penampar maya yang ditawarkan yang hadir dengan berbeza iaitu ‘tangan biasa’ atau ‘tangan HD’.

Difahamkan ‘tangan biasa’ hadir dengan harga serendah 37 sen merupakan gambar penampar beliau yang dihantar terus menerusi WhatsApp. Dalam pada itu, buat mereka yang mendapatkan ‘tangan HD’ dengan harga 47 sen, penjual akan menghantar gambar dalam bentuk dokumen yang menjanjikan gambar yang lebih jelas buat penerima.

Difahamkan penjual ini berjaya menerima lebih 200 tempahan ‘penampar maya’ daripada para pembeli. Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan terpaksa menurunkan iklan beliau sebelum tampil dengan sebuah iklan baharu. Anda yang berminat untuk mendapatkannya boleh klik di sini.

Penampar Maya

Sementara itu, menerusi tinjauan kami di Shopee, terdapat seorang lagi penjual yang menawarkan servis yang hampir sama dengan menawarkan cakar maut dan tendangan maut secara maya.

Sememangnya sebuah perkara yang kreatif dilakukan oleh penjual dalam usaha untuk meraih pendapatan. Siapa sangka penampar juga dapat ditawarkan secara dalam talian.

Sumber: https://www.thevocket.com/terima-lebih-200-tempahan-penampar-maya-lelaki-ini-laris-terjual-di-shopee/

BACA: Bakal sertai parti mana? Akhirnya Norhizam buka mulut

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Perkhidmatan ‘Penampar Maya’ lelaki ini sold out di Shopee […]