Perjuangan 11 tahun berakhir, Elyana kongsi kanser akhirnya hilang

Penyanyi popular, Elyana menerusi sebuah hantaran di Instagram hari ini mengumumkan berita paling gembira apabila kanser di dalam badannya telah hilang.

Elyana yang menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 11 tahun lalu bersyukur perjuangannya selama ini akhirnya membuahkan hasil.

Perjuangan 11 tahun berakhir, Elyana kongsi kanser akhirnya hilang

LEBIH sedekad berjuang melawan kanser limfoma, Elyana mendedahkan sudah bebas daripada sel barah yang merebak dalam tubuhnya.

Menerusi hantaran itu, pelantun lagu Kalis Rindu ini turut menyertakan sekeping foto dan video imbasan badan ketika rawatan pagi ini.

Tidak dapat digambarkan perasaan gembiranya kini, Elyana memanjatkan kesyukuran kerana Allah SWT telah mendengar doa-doanya. Dia juga tidak pernah berputus asa berjuang untuk mendapatkan kesihatan yang baik seperti orang lain.

Di hantaran lain, penyanyi ini memaklumkan dia akan menjalani rawatan kimoterapi yang ke 5 hari ini.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang turut gembira di atas perkhabaran tersebut. Peminat dan rakan artis menitipkan ucapan syukur yang tidak terhingga.

BACA JUGA : Pemimpin PKR bangkit beza layanan diterima antara Najib dan Anwar
Najib masih bebas….

CATEGORIES