Lembaga Lebuhraya Malaysia mengumumkan pembukaan rasmi Seksyen 6 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) pada 21 November 2023.
Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, menyatakan bahawa pengecualian pembayaran tol akan diberikan
Kepada pengguna mulai tengah malam ini hingga 2 Januari 2024.
Seksyen 6 WCE akan bermula dari Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke Persimpangan Bertingkat Assam Jawa, yang akan menyambungkan pengguna dari Kapar ke Assam Jawa secara langsung.
Dengan pembukaan ini, dijangkakan masa perjalanan dapat dihemat hingga 15 minit, berbanding dengan 45 minit menggunakan laluan sedia ada.
Selain itu, seksyen ini turut menyediakan sambungan langsung ke Lebuhraya LATAR, meningkatkan kesalinghubungan antara rangkaian lebuh raya untuk keselesaan pengguna.
Pengguna kini juga dapat mengakses destinasi pelancongan dengan lebih mudah, seperti Bandar Warisan Batu Arang, Bukit Malawati, Sky Mirror, dan Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan, yang pada masa yang sama memberi dorongan kepada pertumbuhan sosio-ekonomi komuniti setempat.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Kerja Raya menyatakan hasrat mereka untuk mencuba sistem tol tanpa palang pada tahun 2024 untuk mengumpulkan data yang diperlukan
BACA: “Aku bukan nak pinjam duit, aku cuma nak pinjam motor je tapi jawapan ayah benar-benar hina aku”