Peristiwa kafir mengkafir suatu ketika dahulu sukarkan Umno terima Pas di Terengganu

Oleh MHDAILY

Pentadbiran Terengganu pimpinan PAS percaya mereka akan dapat menyelesaikan isu percanggahan pendapat dengan Umno negeri dan mengajak ketua parti itu Ahmad Said untuk berbincang.

Undangan itu dibuat selepas Ahmad menyifatkan gabungan Muafakat Nasional (MN) di negeri tersebut sudah ‘mati’ dan menegaskan Umno akan bertanding di semua 32 kerusi negeri serta lapan daripada 12 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) kelak.

Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu Mohd Nor Hamzah berkata, kerjasama dua parti dalam Muafakat Nasional (MN) itu perlu dilihat menerusi aspek yang luas bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam..

Baca Artikel Penuh