Perihal beruk, kera dan katak : Ini ulasan Mujahid

Oleh MHDAILY

Perihal beruk, kera dan katak : Ini ulasan Mujahid. Antara kehebatan berbahasa ialah membuat perumpamaan kerana ia dapat menghidupkan sesuatu makna dalam benak manusia dan mudah difahami dan kekal dalam ingatan memori. Selain perumpamaan berbahasa, kreativiti seni lakaran, gambar atau potret mampu menjelaskan seribu perkataan yang sukar dijelaskan.

2. Tular sebuah potret melakarkan suasana dalam dewan Parlimen Malaysia yang ahlinya dilukis terdiri dari spesis primat dan amfibia kecuali Speaker Dewan dan dua pegawai bertugas. Walaupun secara satiranya ia adalah sebuah kritikan pedas dari perspektif pengkarya seni lukisan, hakikatnya lukisan ini mahu menggambarkan realiti seolah-olah institusi parlimen sudah bertukar menjadi sidang para beruk dan katak-katak.

3. Saya menerima kritikan tersebut dengan hati terbuka walaupun saya tidak bersetuju sikap melabel secara pukal ke atas semua ahli parlimen apatah lagi kemuliaan dewan parlimen digambarkan begitu rupa. Setiap ahli parlimen mahupun para pelawat ditetapkan untuk tunduk hormat sebelum duduk di kerusi masing-masing sebagai memuliakan dewan. Saya tidak fikir kita berbuat demikian ketika memasuki zoo atau kandang haiwan!

Baca Artikel Penuh