Perhimpunan Agong Umno diadakan Januari, tiada pemilihan dijalankan

Perhimpunan Agong Umno diadakan Januari, tiada pemilihan dijalankan.Umno akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan 2021 bermula 13 hingga 15 Jan 2022, kata Setiausaha Agungnya Ahmad Maslan.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menetapkan bahawa tarikh persidangan cawangan, bahagian dan Perhimpunan Agung Umno bagi tahun 2021 dilaksanakan bermula Oktober ini.

“Semua mesyuarat tidak diadakan pemilihan jawatan kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) telah bersetuju mengenai penangguhan pemilihan parti Umno sehingga 29 Dis 2022,” katanya.

Umno

Ahmad memaklumkan bahawa keputusan ini dibuat dalam mesyuarat MKT semalam dengan dipengerusikan oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau turut menyatakan tarikh persidangan cawangan akan bermula dari 15 Okt hingga 30 Nov, manakala mesyuarat perwakilan Umno bahagian pula pada 11 hingga 18 Dis.

“Mesyuarat boleh diadakan secara bersemuka atau maya atau gabungan bersemuka dan maya mengikut situasi Covid-19 di kawasan masing-masing.

“Kehadiran mesyuarat adalah dengan korum minimum satu perempat daripada jumlah yang layak hadir atau lebih daripada satu perempat asalkan mengikut SOP yang dibenarkan mengikut kawasan masing-masing,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/30/perhimpunan-agung-umno-13-hingga-15-januari-kata-ahmad-maslan/

BACA: Semua penjawat awam wajib ambil vaksin sebelum 1 November – JPA