Pergh! Hebatnya! Hutang 1MDB tinggal baki RM9.7 billion dari RM43.8 billion

Oleh MHDAILY

Pergh! Hebatnya! Hutang 1MDB tinggal baki RM9.7 billion dari RM43.8 billion.

Kerajaan sudah membayar jumlah keseluruhan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebanyak RM43.8 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan, baki hutang yang belum dibayar berjumlah RM9.7 bilion, membabitkan prinsipal RM5 bilion dan faedah RM4.7 bilion.

Pergh! Hebatnya! Hutang 1MDB tinggal baki RM9.7 billion dari RM43.8 billion

Beliau berkata, jumlah hutang 1MDB diambil alih adalah sebanyak RM53.5 bilion.

“Setakat ini, kerajaan sudah membayar melalui ‘shareholder advance’ atau pinjaman sebanyak RM24.5 bilion, bayaran melalui akaun amanah (RM19.3 bilion) dengan jumlah keseluruhan sudah dibayar hutang 1MDB adalah sebanyak RM43.8 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, semalam.

Ahmad berkata, kerajaan juga sudah mendapatkan semula RM33.6 bilion aset 1MDB dan RM8 bilion daripada penyelesaian dengan firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).

Menurut Ahmad, pinjaman pokok 1MDB berjumlah RM33.6 bilion manakala faedah berjumlah RM14.9 bilion.

Sebelum ini, dua firma pelaburan Abu Dhabi iaitu IPIC dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS) bersetuju membayar AS$1.8 bilion kepada Menteri Kewangan Diperbadankan dan 1MDB.

Kementerian Kewangan memaklumkan penyelesaian itu dicapai dalam prosiding undang-undang yang berlangsung di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London dan Mahkamah Tinggi London.

BACA“Aku pelik anak aku suka lambai-lambai, tapi takde orang pun, bila suami aku buka cerita, meremang bulu roma aku dengar”

Aik? Kenapa rupa kambing ini macam manusia? Bila diselidik rupa-rupanya ini ceritanya