“Perempuan bukan bersedih sebab lelaki saja” Luahan Elfira Loy disalah tafsir

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Elfira Loy meluahkan rasa kesal apabila luahan hatinya di media sosial disalah tafsir hingga ada pihak menyangka dia sedang menghadapi masalah rumah tangga.

Menyelar tuduhan tersebut, Elfira atau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, menjelaskan bahawa

kesedihan yang dirasakannya berpunca daripada perkara lain yang tidak berkaitan dengan kehidupan rumah tangganya.

“Suka-suka mereka kaitkan dengan rumah tangga. Memang suka menimbulkan fitnah ke?” tulis Elfira menerusi hantaran di Instagram.

Menurutnya, tidak semua kesedihan yang dialami wanita berkaitan dengan lelaki.

“Perempuan bukan bersedih sebab lelaki saja” Luahan Elfira Loy disalah tafsir

“Orang perlu tahu bahawa perempuan boleh bersedih kerana banyak perkara lain, bukan lelaki sahaja.

Contohnya, pengorbanan karier, kawan menjauh, menjadi mangsa fitnah, atau tidak dapat melakukan apa yang dia suka kerana orang lain,” katanya dalam InstaStory pada Selasa.

Elfira turut memuat naik tangkap layar berita bertajuk “Saya hanya perlu bersabar dan jangan berharap pada manusia” yang tersebar di media sosial, sambil meminta pihak terbabit berhenti menyebarkan fitnah.

Pelakon itu turut menegaskan bahawa rumah tangganya bersama suami, Muhammad Faris Khairul Anuar, berada dalam keadaan baik. Namun, dia tidak dapat menahan rasa geram membaca komen-komen negatif netizen yang memburukkan dirinya.

“Berhentilah! Nak kena muat naik gambar bercium ke baru nak percaya? Kepada netizen yang tambah perisa di ruangan komen, memang teringin sangat nak rasa panas api neraka? Mulut itu macam tak boleh cakap baik-baik,” luahnya.

Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf, 4, dan Nur Aria Mikayla, 2.

BACA: Pasti jimat poket jika ikut 5 tips selamatkan kereta tenggelam banjir