Peraturan baru diluluskan, staff boleh dipecat jika kutuk boss dan bahan ‘ofismate’ dalam group whatsapp

Mahkamah Jerman memutuskan satu hukuman baharu iaitu seorang pekerja boleh dipecat

jika menghina majikan atau rakan sekerja mereka dalam kumpulan (group) aplikasi WhatsApp peribadi.

Memetik laporan Astro Awani, hakim Mahkamah Jerman memutuskan, walaupun ahli kumpulan mungkin berkongsi komen secara sulit dan tertutup,

Peraturan baru diluluskan, staff boleh dipecat jika kutuk boss dan bahan 'ofismate' dalam group whatsapp

tetapi apabila menyentuh mengenai kenyataan mengutuk, menghina atau berbaur perkauman, kerahsiaannya terhad dalam kes-kes tertentu sahaja.

Jika kata-kata penghinaan itu diketahui umum, pekerja boleh dipecat.

Ini adalah keputusan dari Mahkamah Buruh Jerman selepas menimbang kes kumpulan WhatsApp di syarikat penerbangan Tulfly.

Kes itu membabitkan sekumpulan rakan yang bekerja di syarikat itu yang telah berkongsi ‘penghinaan jelas’, yang belum sedia dikongsi semula oleh pegawai.

Tujuh rakan sekerja syarikat itu bertukar-tukar mesej WhatsApp selama beberapa tahun yang menghina satu sama lain dan mereka yang bukan sebahagian daripada ahli kumpulan itu.

Mereka berkongsi kenyataan menghina, berbaur perkauman, tidak berperikemanusiaan dan seksis serta menggalakkan keganasan, dengan ugutan untuk “menumbuk muka orang”.

Sebahagian daripada sejarah sembang mereka telah disalin dan dihantar kepada majlis kerja dan pengurus kakitangan yang akhirnya menyebabkan mereka dipecat.

BACA: Rindu nak makan bihun kampung, akak ni share cara buat, confirm jadi!