Perarakan undang provokasi perkauman? KDN beri amaran

Oleh MHDAILY

Perarakan undang provokasi perkauman? KDN beri amaran. TINDAKAN sekumpulan Pemuda PAS Terengganu yang membawa senjata palsu dan perisai

program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT 2023), Jumaat lalu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut memandang serius kes tersebut kerana ia menimbulkan kegusaran awam,

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Perarakan undang provokasi perkauman? KDN beri amaran

ditambah pula situasi politik di beberapa negeri yang semakin memuncak berikutan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Umum mengetahui bahawa negara sedang berhadapan dengan suasana politik 3R (race, religion & royalty) yang masih belum reda sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

“Ini menuntut semua pihak agar menjadi lebih sensitif dan bertanggungjawab terhadap sebarang elemen yang boleh ‘memanaskan’ keadaan.

“Maka sudah tentu apa jua tindakan yang mempamerkan serta meluahkan semangat dengan diselangi apa-apa simbol berupa senjata amatlah tidak wajar dan tentunya mengundang keresahan awam,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Domestic Trade and Consumerism Minister Datuk Saifudin Nasution Ismail speaking to media after chaired cost of living action council meeting in Putrajaya.MOHD SAHAR MISNI/The Star

Saifuddin memberi amaran tegas terhadap sebarang elemen yang mengganggu keharmonian awam.

Dalam pada itu, Saifuddin turut mempersoalkan tindakan individu yang mengetengahkan tema peperangan menerusi video daripada program tersebut dan bakal mengambil tindakan tegas kepada sebarang elemen yang boleh mengancam keharmonian negara.

“Insiden ini disiar dalam bentuk video klip dengan latar belakang nasyid dalam bahasa Arab yang jelas menekankan tema peperangan. Ini mengundang pertanyaan adakah perarakan ini bermaksud menyuntik semangat perang?

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda PAS pakai baju perang, bawa senjata hanya ikut tema program, tiada provokasi… Penganjur kata tiada beza dengan pertandingan cosplay

“Saya ingin memberi amaran kepada semua pihak agar menghentikan apa jua perbuatan yang berpotensi menimbulkan huru-hara kepada rakyat dan negara.

“Tindakan tegas akan diambil kepada sebarang elemen yang mengancam ketenteraman, keharmonian dan keselamatan rakyat,” ujarnya lagi.

Jumaat lalu, gambar sekitar program yang dimuat naik di Facebook Pemuda PAS Terengganu turut menunjukkan antara yang hadir ialah presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Mohd Harun Esa berkata program itu merupakan acara tahunan sejak 1991 dan ia merupakan perhimpunan seluruh jentera pemuda parti Islam negeri itu.

Bagaimanapun, Mohd Harun berkata tiada sebarang unsur keganasan dan provokasi, dan sudah menjadi tradisi oleh Pemuda PAS tempatan untuk membawa ‘replika’ masing-masing ketika perarakan.

BACA:

Tak sampai hospital tak tahan sakit bersalin, wanita ini terteran lahirkan bayi masih dalam karung ketuban

β€œSetiap kali dia dapat bonus, bekas isteri akan dapat 20 peratus”, bekas suami dari syurga tetap bagi nafkah walaupun dah berpisah