Perantau disaran buat ujian kendiri Covid-19 sebelum masuk Kelantan – MB

Oleh MHDAILY

Perantau disaran buat ujian kendiri Covid-19 sebelum masuk Kelantan. Kerajaan negeri menyarankan semua anak Kelantan yang berada di perantauan agar membuat ujian kendiri Covid-19 sebelum pulang ke kampung halaman selepas pergerakan rentas negeri dibenarkan bermula semalam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, langkah itu perlu memandangkan negara berada dalam fasa endemik sekali gus memastikan keselamatan setiap individu yang masuk ke negeri ini.

β€œMeskipun tidak wajib, ujian kit kendiri Covid-19 perlu ada sebagai persediaan perantau sekiranya mereka bergejala sekali gus menjangkiti ahli keluarga.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Perantau

β€œSaya berpesan agar hanya individu lengkap dua dos vaksin dan cukup tempoh sahaja dibenarkan rentas negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Stesen Mekawey, Tunjong di sini hari ini.

Stesen berkenaan menyediakan kios yang diusahakan dengan kerjasama pihak Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang memberi peluang kepada golongan usahawan belia untuk meningkatkan industri makanan di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Kelantan sudah mencapai kadar vaksinasi sebanyak 74 peratus dan menjangkakan akan menjangkau imuniti kelompok hujung bulan ini

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/12/buat-ujian-kendiri-covid-19-sebelum-masuk-kelantan/

BACA:Β Tular rakaman video kapal makhluk asing didakwa menjunam jatuh dari langit