Peragut curi duit Tabung Haji mangsa melalui transaksi dalam talian

Oleh MHDAILY

Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas 19 pertuduhan mencuri RM79,200 wang Tabung Haji milik mangsa ragut melalui transaksi dalam talian tahun lalu.

Tertuduh, Wan Mohamd Nadzir Wan Zahari, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 1 Februari depan sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman.

Baca Artikel Penuh