Peperangan BN dan PN bakal menyusahkan rakyat Melaka kelak – Anwar

Anwar Ibrahim memberi peringatan kepada pengundi di Melaka bahawa Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sedang “berperang” dan peperangan tersebut bakal menyusahkan rakyat Melaka kelak.

Memetik laporan FMT, Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memberi amaran mengenai ketidakstabilan politik di negeri ini sekiranya BN atau PN memenangi cukup kerusi dalam pilihan raya Sabtu ini dan membentuk kerajaan negeri.

Peperangan BN dan PN bakal menyusahkan rakyat Melaka kelak - Anwar

Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim

Beliau semasa ceramah dalam talian semalam berkata, “Kedua-dua gabungan ini akan terus berebut kuasa tidak kira apa keputusan pilihan raya. Ini akan berlaku sama ada PN menang atau BN menang.”

Ujarnya lagi, BN dan PN bercakap mengenai perpaduan dan keharmonian namun di bawah mereka berlawan sesama sendiri.

Walaupun BN dan PN bekerjasama dalam kerajaan persekutuan, BN sebelum ini berkata parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya negeri Melaka dan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Sebelum ini, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata bahawa “masa BN telah sampai ke penghujungnya”, membawa kepada teguran tajam daripada beberapa pemimpin Umno.

Anwar turut menegaskan bahawa perbalahan antara BN dan PN sekarang akan memberi kesan kepada kerajaan pusat dan ini terbukti dengan bagaimana seorang menteri Bersatu dan seorang timbalan menteri Umno kedua-duanya mengadakan acara kempen di Melaka pada masa yang berbeza.

BACA JUGA : Pengunjung kaget tengok bas bawa pesakit Covid-19 naik Cameron Highlands
Walaupun jadi punca banjir, Rauf terus pertahan projek tambakan laut di Melaka

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Peperangan BN dan PN bakal menyusahkan rakyat Melaka kelak – Anwar […]