Penyertaaan Israel dalam Ekspo Dubai, Amanah gesa Malaysia boikot

Oleh MHDAILY

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Salahuddin Ayub menggesa kerajaan menarik diri daripada menyertai Ekspo 2020 di Dubai.

Katanya, ekspo itu bakal disertai Israel setelah menjalinkan kerjasama secara rasmi dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) melalui perjanjian damai dan diplomasi pada September lalu.

Dalam sidang media di Parlimen, dia berkata kerjasama UAE-Israel itu tidak sensitif dengan penderitaan rakyat Palestin.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Kerajaan Palestin telah menarik diri daripada ekspo itu selepas UAE menjalinkan kerjasama bersama Israel.

“Kita tidak mendengar apa-apa sikap dan pendirian dari duta khas (Abdul Hadi Awang) tentang isu ekspo 2020 Dubai yang secara jelas bahawa negara haram Israel turut menyertainya

“Setakat ini tiada satu pun pendirian tegas yang dikeluarkan oleh duta ini dan juga kerajaan Malaysia tentang isu ini,” katanya.

Ekspo adalah salah satu acara antarabangsa tertua dan terbesar di dunia yang berlangsung setiap lima tahun dan berjalan sehingga enam bulan.

Acara di Dubai pada bermula 1 Oktober depan adalah yang pertama kali berlangsung di Timur Tengah. Setakat ini sudah 190 negara mengesahkan penyertaan.

Sidang media itu turut disertai timbalan pengerusi biro antarabangsa Amanah, Senator Raja Kamarul Bahrin.

Salahuddin juga menegur tindakan ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, yang memaparkan papan iklan besar untuk promosi ekspo itu yang bakal berlangsung pada Oktober 2021.

“Saya dan Yang Berhomat Raja Kamarul Bahrin merasakan ini tindakan yang tidak menghormati sensitiviti perjuangan puluhan tahun rakyat Palestin.

“Kita merasakan ini tindakan yang tidak wajar bagi seorang wakil rakyat dari PAS yang sebelum ini konsisten sikap kita terhadap negara yang menjalin hubungan dengan Israel,” katanya.

Dia menegaskan duta khas Malaysia ke Timur Tengah Abdul Hadi Awang dan Ahmad Amzad selaku timbalan menteri sains, tenaga dan inovasi perlu memberi jawapan rasmi tentang penglibatan Israel dalam ekspo itu.

“Kita amat kesal dengan tindakan ini dan kita perlu mendapatkan jawapan rasmi daripada YB timbalan menteri.

“Paling penting (kenyataan rasmi) dari seorang yang dilantik menjadi duta khas Malaysia ke negara timur tengah iaitu presiden PAS sendiri.

“Saya harap pelantikan duta khas ke timur tengah yang bertaraf menteri ini tidak sia-sia dan tidak mendiamkan diri terhadap isu ini demi kebaikan saudara kita umat Islam di Palestin,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/555483