Peniaga geram Tiktok Shop kenakan caj tersembunyi, hilang puluhan ribu ringgit

Oleh MHDAILY

Peniaga geram Tiktok Shop kenakan caj tersembunyi, hilang puluhan ribu ringgit. Kecoh sejak semalam di media sosial apabila peniaga yang berniaga menerusi platform TikTok Shop mendakwa wang dalam akaun TikTok mereka ‘lesap’ sehingga puluhan ribu ringgit.

Perkongsian yang dibuat menerusi Facebook ini telah membuatkan peniaga-peniaga serta pengguna TikTok lain panik dan hairan mengetahui platform tersebut yang secara tiba-tiba ‘mengambil’ wang tanpa pengetahuan pengguna.

Menerusi perkongsian Facebook Iekaa Mustapha, beliau memaklumkan terdapat peniaga yang kehilangan sehingga RM20,000 berikutan TikTok mengenakan caj free shipping kepada peniaga menerusi barangan yang telah terjual sejak dua atau tiga bulan terakhir.

Baca Artikel Penuh