Peniaga geram pelanggan tak bayar lepas order

Oleh MHDAILY

Peniaga geram pelanggan tak bayar lepas order. Kalau sebut tentang scammer, mesti ramai yang akan teringat beberapa kes penipuan yang melibatkan wang beribu-ribu ringgit. Namun ada juga scammer yang membuat taktik lain seperti yang dialami oleh peniaga ini apabila makanan yang ditempah oleh seorang pelanggan rupa-rupanya adalah satu penipuan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, peniaga tersebut meluahkan rasa kecewa apabila pelanggan yang membeli jualannya ‘hilang’ selepas menerima makanan yang dihantar. Menurutnya, pelanggan tersebut telah membuat tempahan secara atas talian dan menempah beberapa juadah makanan yang dijualnya.

Difahamkan, scammer tersebut menggunakan perkhidmatan Lalamove untuk makanan tersebut dihantar terus ke rumahnya. Peniaga itu kemudian bersetuju dengan tempahan tersebut dan dimaklumkan akan menerima bayaran sebaik sahaja makanan tersebut berjaya dihantarkan ke alamat yang dijanjikan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Peniaga geram pelanggan tak bayar lepas order

Namun malangnya, pelanggan tersebut terus mendiamkan diri sebaik sahaja makanan itu sampai di tangannya dan langsung tidak membuat sebarang pembayaran seperti yang dijanjikan. Tidak cukup dengan itu, dia juga tidak membalas sebarang mesej yang dihantar oleh peniaga itu dan dibiarkan ‘bluetick’ sahaja.

Menurut peniaga itu, dia bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian dari makanan yang ditempah itu malah turut menanggung kos penghantaran menggunakan perkhidmatan Lalamove itu. Difahamkan, pelanggan atau scammer tersebut menggunakan modus operandi yang sama terhadap beberapa peniaga yang menjual secara atas talian.

Malah ada juga beberapa peniaga yang sudah menjadi mangsa dan terpedaya dengan modus operandi yang dilakukan oleh scammer tersebut. Kecewa dengan apa yang berlaku, peniaga itu turut menasihatkan peniaga lain untuk berhati-hati dalam menerima pesanan secara atas talian dan meminta bayaran terlebih dahulu.

BACA:

Rafizi beri amaran kepada Azam Baki, “tunggu kami menang”

Netizen jatuh hati tengok muka Didie Alias masa muda, cantik sangat ni!

Reaksi isteri nak sokong MU dalam World Cup nanti buat netizen berdekah