Pengunjung Batu Caves berpakat tolong wanita melayu lahirkan bayi dalam kereta

Pengunjung Batu Caves berpakat tolong wanita melayu lahirkan bayi dalam kereta.Seorang wartawan akhbar Tamil hari ini menarik perhatian pengguna media sosial kerana sifat prihatin beliau membantu wanita bersalin di dalam kereta berhampiran kuil Sri Subramaniar Batu Caves pagi tadi.

Wartawan berkenaan, LK Savantharaja memberitahu ketika kejadian beliau ke kuil itu untuk menghadiri upacara Thaipusam sebelum ternampak wanita sedang menahan sakit menjerit meminta tolong.

“Ternampak seorang wanita jerit minta tolong di luar kuil. Terus saya berlari sebelum nampak seorang ibu bangsa Melayu nak bersalin dalam kereta.

Saya dan beberapa pengunjung lain terus tutup tingkap kereta dengan kain (vesthi) ketika membantu seorang wanita bersalin di dalam kereta berhampiran kuil Sri Subramaniar Batu Caves pagi tadi. Foto Facebook LK Savantharaja
Pengunjung Batu Caves berpakat tolong wanita melayu lahirkan bayi dalam kereta
“Saya dan beberapa pengunjung lain terus tutup tingkap kereta dengan kain (vesthi). Masa bayi selamat dilahirkan, saya bagitau ‘Kakak you and your baby are blessed, rasa gembira dia selamat lahirkan bayi perempuan,” katanya.

Menerusi hantaran beliau di Facebook, wanita itu dibawa ke hospital oleh pasukan perubatan yang tiba selepas bayi itu selamat dilahirkan.

“Sebelum mereka pergi hospital, saya sempat selfie dengan bapa kepada bayi itu untuk kenangan,” katanya.

BACA JUGA : Gara-gara masalah internet, budak terkejut pesanan makanannya dihantar 42 ‘foodrider’
Didakwa tak boleh ‘move on’ selepas Fizo kahwin, Mawar luah yang terbuku di hati
Indonesia pamer bot tempur hibrid pertama dunia, mampu redah sungai dan pantai