Pengumuman Muhyiddin hanya ‘gula-gula’, doktor kontrak teruskan mogok

Pengumuman

Pengumuman Muhyiddin hanya ‘gula-gula’, doktor kontrak teruskan mogok. Gerakan Hartal Doktor Kontrak akan teruskan mogok mereka pada 26 Julai ini walaupun kerajaan memutuskan khidmat mereka dilanjutkan untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib.

Gerakan itu berkata ini berikutan tawaran kerajaan untuk menyambung kontrak itu bukanlah suatu penyelesaian malahan disifatkan sebagai ‘gula-gula’ untuk menutup mulut.

“Kami tahu bagaimana sistem ini berfungsi dan kami tidak akan terpedaya.

“Berhenti memberi kami penyelesaian separuh masak yang diberikan oleh orang yang bahkan tidak dalam bidang ini, atau bahkan tidak tahu bagaimana sistem ini berfungsi, atau mungkin tidak perlu bersusah payah memikirkannya kerana masalahnya bukan masalah mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengumuman

Semalam, Muhyiddin berkata Jemaah Menteri bersetuju supaya pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, langkah penyelesaian segera itu adalah bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.

Dalam pada itu, Gerakan Hartal Doktor Kontrak mahu kerajaan beri perancangan jelas untuk kerjaya mereka.

“Hartal pasti berlaku. Dua hari lagi,” katanya.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/24/tawaran-putrajaya-bukan-penyelesaian-hanya-gula-gula-tutup-mulut-kata-gerakan/

Jika Terlepas: Doktor Kontrak tak wajar dilayan seperti warganegara kelas 2

CATEGORIES