Pengguna whatsapp mula berhijrah ke aplikasi Telegram dan Signal

Oleh MHDAILY

Jutaan pengguna WhatsApp mengambil langkah drastik mengabaikan aplikasi berkenaan menjelang kemas kini polisi privasi yang bakal memaksa mereka berkongsi maklumat dengan Facebook.

Kemas kini itu berkuat kuasa 8 Feb, menjejaskan pengguna WhatsApp di semua negara di luar Eropah dan UK, di mana sedia wujud undang-undang perlindungan maklumat ketat.

Pengguna di rantau terbabit akan diwajibkan memberi izin kepada Facebook untuk mengakses maklumat mereka, termasuk nombor telefon dan maklumat mengenai bagaimana mereka berinteraksi dengan orang lain sebelum boleh terus menggunakan aplikasi berkenaan.

Baca Artikel Penuh