Pengguna Twitter persoal peruntukan RM70 juta laman web JKJAV ditahan

Pemilik akaun Twitter ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan berhubung ciapannya mengenai peruntukan kerajaan membangunkan laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Peguam Syahredzan Johan menerusi ciapannya di Twitter berkata, individu berusia 36 tahun itu ditahan mengikut Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) kerana mempersoalkan RM70 juta yang diperutukkan .

“Esok permohonan reman, peguam, Rajsurian (Pillai) akan hadir,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainal Abdullah ketika dihubungi berkata, siasatan kes berkenaan dijalanlam Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Difahamkan, individu berkenaan ditahan di Balai Polis Kota Damansara semalam selepas memberi keterangan.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/714129/pengguna-twitter-soal-peruntukan-laman-web-jkjav-ditahan